Bomba selamatkan kanak-kanak 1 tahun terperangkap dalam kereta

Anggota Bomba menjalankan operasi menyelamatkan seorang kanak-kanak berumur 1 tahun yang terperangkap di dalam kenderaan. Gambar kredit Bomba

KUCHING—Seorang kanak-kanak berusia satu tahun menempuh detik cemas apabila terperangkap dalam kenderaan jenis Mitsubishi Xpander di tempat pakir di BDC di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi Facebook rasminya berkata, selepas menerima panggilan anggota RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi.

"Pasukan RIM BBP Padungan menjalankan operasi menyelamatkan seorang kanak-kanak berumur 1 tahun yang terperangkap di dalam kenderaan jenis Mitsubishi Xpander di BDC.

"Pasukan RIM berjaya mengeluarkan mangsa setengah jam kemudian," katanya.

Jelasnya, operasi dijalankan oleh PBKa II (KUP) Ganisan Punisami dibantu oleh PBK II (KUP) Khairul Ahmad dan PB Hasbullah Jolkepli.

Difahamkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan selamat.
Next Post Previous Post