APM tangkap ular tedung di kawasan kediaman


LIMBANG—Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang bertindak pantas menangkap seekor ular tedung sepanjang tiga meter daripada memasuki kediaman penduduk di kawasan Limbang Housing pada Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dari orang awam jam 6.30 petang.


“Sebaik tiba di lokasi anggota melakukan pencarian di tempat yang dimaklumkan pengadu dan menemui seekor ular tedung sebesar pergelangan tangan orang dewasa berada di tepi jalan.

“ Ular tersebut berjaya ditangkap sebelum memasuk kediaman penduduk dengan kaedah menyepit,”katanya hari ini.

Operasi menangkap ular ditamatkan jam 6.45 petang.
Next Post Previous Post