1,867 kes baharu COVID-19 di Sarawak, dua kematian

Gambar hiasan/Kredit unsplash

KUCHING—Sarawak merekodkan 1,867 kes positif baharu COVID-19 hari ini dengan dua kematian dilaporkan di Mukah dan Samarahan membabitkan warga emas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 1,849 kes kategori satu dan dua manakala selebihnya 18 kes kategori tiga hingga lima.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak meningkat kepada 281,463," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Kuching kekal mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 812 kes diikuti Sibu 167, Miri 160 Bintulu 158 Serian 103 Samarahan 92 Sarikei 49 Sri Aman 49 Bau 41, Limbang 33 Betong 24, Saratok 20, Subis 15, Mukah 12, Dalat 11, Lawas 11 dan Kabong 10.

Sementara daerah lain merekodkan kes kurang daripada 10 kecuali Kapit, Song, Tanjung Manis, Belaga dan Bukit Mabong tiada kes positif baharu direkodkan.

Mengenai kes kematian, JPBNS berkata, kes pertama direkodkan pada 11 Mac melibatkan seorang warga emas lelaki berusia 65 tahun di Mukah yang mana jenazahnya dibawa ke Hospital Sibu.

Kes kematian kedua pula pada 14 Mac juga melibatkan warga emas lelaki berusia 65 tahun di Samarahan yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak yang juga mempunyai ko-morbid iaitu darah tinggi dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.

Selain itu, JPBNS memaklumkan satu kluster tamat hari ini iaitu Kluster Lorong Siol Kandis, Kuching.

"Lima kluster masih aktif yang mana satu kluster iaitu Kluster DTI Semuja 3, Serian merekodkan penambahan 11 kes baharu," ujarnya.
Next Post Previous Post