Warga Emas Wanita Hilang Ketika Cari Pucuk Paku
Difahamkan mangsa Dingun ak Kamo,78, keluar dari rumah untuk mencari pucuk paku dikawasan kebun jam 2 petang, namun gagal balik hingga sekarang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.20 petang hari ini.
"Pasukan Bomba terus memulakan operasi pencarian bersama anggota polis dan penduduk kampung, namun tidak menjumpai mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,operasi pencarian ditangguhkan pada jam 4.48 petang dan akan disambung esok dengan bantuan Unit K9.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.