Vietnam akan beli 21.9 juta dos vaksin covid-19 untuk kanak-kanak

Gambar Hiasan
HANOI— Kerajaan Vietnam memutuskan membeli 21.9 juta dos vaksin Pfizer COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

Di bawah Resolusi 14/NQ-CP, kerajaan bersetuju menggunakan kaedah pemilihan kontraktor dalam kes khas seperti dinyatakan dalam Perkara 26 mengenai Undang-undang Tawaran ketika pembelian vaksin, selaras dengan peraturan berkaitan.

Lebih 182.1 juta suntikan vaksin telah diberikan sehingga 4 Feb, dengan lebih 74.21 juta rakyatnya telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.