Tersepit dalam kenderaan, seorang lelaki mengalami kecerderaan di leher
Tersepit dalam kenderaan, seorang lelaki mengalami kecerderaan di leher
Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.08 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi.
Sejurus tiba, Komander Operasi mengesahkan sebuah kereta jenis Proton Wira berada dalam keadaan terbalik di dalam longkang dan terdapat seorang lelaki di tempat duduk pemandu.
"Pasukan bomba kemudian melakukan operasi menyelamat mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.
"Pasukan bomba kemudian melakukan operasi menyelamat mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.
"Mangsa yang mengalami kecerderaan di bahagian leher diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 2.55 pagi.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.