Sindiket dadah didalangi warga tempatan tumpas

Empat individu tempatan diberkas bersama dadah jenis syabu di sempadan Indonesia- Malaysia hari ini. Gambar kredit Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen

KUCHING— Empat individu tempatan diberkas bersama dadah jenis syabu di Sektor Pos Imbangan Ladang Dafa, 200 meter dari sempadan Indonesia-Malaysia pada awal pagi tadi.

 

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen menerusi kenyataan hari ini berkata, keempat-empat suspek berusia antara 20 hingga 42 tahun itu ditangkap sekitar jam 6.50 pagi oleh anggota yang sedang melaksanakan penugasan Serkap.



"Anggota bersama satu seksyen telah mengesan kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan dari arah sempadan Malaysia-Indonesia.

 

"Hasil pemeriksaan mendapati empat individu lelaki warga tempatan bersama dua paket kecil disyaki dadah jenis syabu (Methamphetamine) serta barangan untuk menghisap dadah," katanya.

 

Jelasnya lagi, pemeriksaan lanjut turut mendapati individu tersebut menjual dadah kepada warga Indonesia dan pekerja ladang.



"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM70,300 melibatkan kenderaan pacuan empat roda serta dua paket kecik syabu (Methamphetamine)," tambahnya.

 

Tegasnya, kesemua suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk siasatan selanjutnya.

 

"Tentera darat terus kekal siaga dan komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak COVID-19," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.