Sembunyi dadah dalam botol vape

Suspek ditahan di sebuah bengkel tidak bernombor kerana memiliki dadah. Gambar kredit BSJN IPD Mukah

MUKAH: Taktik seorang mekanik menyembunyikan dadah dalam botol vape tidak berhasil apabila ditahan polis di hadapan sebuah bengkel di Jalan Haji Mohd Fauzi di sini, tengah hari semalam.

Bahagian Siasatan dan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berkata, polis merampas dadah dseberat 13 gram yang disembunyikan suspek dalam botol hitam vape tertulis 'Salt Ice Cream Vanilla’.

Botol vape yang digunakan suspek mengisi cecair dadah 

“Pemeriksaan ke atas tubuh suspek telah menemui satu botol kecil berisi cecair disyaki dadah seberat 13 gram.”

“Barangan terbabit kemudiannya dirampas sebagai bahan bukti kes,” katanya sambil menambah suspek dibawa ke Lokap IPD Mukah untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mengesahkan positif dadah jenis Amphetamine.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.