Sarawak rekod trend peningkatan kes harian Covid

Grafik Ihsan UKAS

KUCHING, 5 Feb -- Sarawak merekodkan trend peningkatan kes harian COVID-19 selepas mencatat 42 jangkitan hari ini berbanding 22 kes semalam.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua kes yang dilaporkan hari ini merupakan jangkitan tiada gejala dan mempunyai gejala ringan.

Pada 1 Feb lepas, Sarawak hanya merekodkan 17 kes harian dan jumlah itu meningkat kepada 21 pada 2 Feb dan 20 pada 3 Feb.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini mencecah 252,945.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.