Pusat khidmat wakil rakyat perlu ditambah baik - Abg Jo

Abang Johari semasa merasmikan pelancaran projek khas dan garis panduan pelaksanaan projek tersebut bagi kawasan-kawasan DUN di Sarawak, malam tadi. Gambar kredit FB Sarawakku

KUCHING -- Pengurusan Pusat Khidmat Wakil Rakyat perlu ditambah baik bagi memastikan setiap projek pembangunan di kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak mengalami kelewatan.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini penting bagi memastikan tatacara pengurusan yang sistematik selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam projek berkenaan.


“Untuk itu, perlu ada Pengurus Pusat Khidmat yang berkaliber dalam menguruskan kewangan agar pengurusan projek pembangunan yang bakal dilaksanakan tidak menghadapi masalah atau mengalami kelewatan.

“Kalau dapat diuruskan dengan baik, ia dapat memenuhi janji kepada rakyat. Rekod (kewangan) juga perlu diuruskan dengan baik agar selaras dengan audit Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Khas untuk ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini malam ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Hui Kian serta Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri Azmi Bujang.

Abang Johari berkata tahun ini, sejumlah RM242.5 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Projek Khas bagi semua ADUN GPS.

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengumumkan ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki dilantik sebagai Whip GPS.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.