Pulau Pinang gesa Putrajaya muktamad Pindaan 2 RUU sebelum PRU15

GEORGE TOWN, 4 Feb (Bernama) -- Pulau Pinang berharap kerajaan pusat memuktamad pindaan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dan Rang Undang-Undang Had Jawatan Perdana Menteri Dua Penggal sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.


Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata langkah itu perlu diambil bagi menjamin kestabilan politik dalam negara.

“Dua perkara ini mesti dibentang dalam sidang parlimen akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas Majlis Agihan Peket Makanan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Perkara itu telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 Sept 2021.

Mengulas lanjut, Chow berkata Pulau Pinang tidak memerlukan pilihan raya negeri kerana kerajaan negeri itu telah dibentuk daripada Dewan Undangan Negeri yang kukuh melalui Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan ke atas pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada minggu depan.

Katanya pihak berkuasa tempatan diarah meneliti perjanjian yang ditandatangani bagi melihat tahap pematuhan dalam pengurusan tapak pelupusan sebelum kerajaan negeri membuat pembentangan cadangan tindakan bakal dikenakan selepas meneliti batasan undang-undang.

-- BERNAMA

#Borneonetwork
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.