Pesara tentera hilang masa memancing
BETONG: Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari bot semasa memancing bersama abangnya di sungai Skrang, di kawasan Lidong petang tadi.
Mangsa, Baki Nyambung, 49, seorang pesara askar dipercayai penduduk rumah panjang Lipat Lama, Jalan Lidong, Betong bersama abangnya memancing kira-kira 1km dari pengkalan rumah panjang.
Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong menerima laporan sekitar jam 6.36 petang berhubung kejadian tersebut.
Empat anggota yang diketuai PBK II Jusmandi Jamaie dikerah ke lokasi kejadian, namun disebabkan tiada liputan rangkaian pihak Bomba sukar untuk menghantar maklumat awal.
"Pasukan Bomba setakat ini belum dapat membuat operasi pencarian kerana faktor air surut dan cuaca gelap," katanya.
Turut terlibat dalam operasi awal ialah PDRM dua orang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga anggota.
Operasi ditangguh pada Jam 20:40 dan akan disambung esok.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.