Pemanduan bahaya, dua nyaris mati

KUCHING — Tindakan seorang lelaki memandu kereta di lorong yang salah semasa cuba memasuki simpang membawa padah apabila dilanggar dua buah motosikal yang berada di lorong kiri jalan raya, di Jalan Green semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan yang berlaku sekitar jam 1.12 petang itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kaki dan muka sehingga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.
Beliau berkata, kemalangan ini melibatkan sebuah kereta jenis Honda dan dua buah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 36 tahun.
“Siasatan mendapati  pemandu kereta dari lorong kiri membelok ke simpang sebelah kanan lampu isyarat sebelum dilanggar dibahagian sisi  oleh motosikal yang berada di lorong kanan.”
“Kereta tersebut turut dilanggar dibahagian belakang oleh sebuah lagi motosikal yang datang dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang lagi penunggang motosikal mengalami luka kecil di lutut kanan manakala pemandu kereta berusia tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan telah dijalankan dan saman PDRM(K) 257  dikeluarkan kepada pemandu kereta dibawah Peratusan 8 LN 166/59 kerana tidak menggunakan lorong yang betul semasa memandu hingga menyebabkan kemalangan. 

Ketiga-tiga pemandu telah tampil untuk membuat laporan kemalangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
Next Post Previous Post