Pas Bersatu dijangka tanding lebih 40 kerusi
Tuan Ibrahim Tuan Man semasa lawatan ke Projek Program Non Revenue Water (NRW) Kelantan hari ini. Gambar kredit Air Kelantan Official |
KOTA BHARU—Perikatan Nasional (PN) dijangka bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini, dengan PAS dan Bersatu bertanding di lebih 40 kerusi, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Jentera parti telah membuat persiapan untuk menghadapi PRN kali ini dan pembahagian kerusi akan dilakukan dengan sebaik mungkin memandangkan masih ada beberapa parti lain lagi dalam PN. Selebihnya (itu) parti komponen lain dalam PN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Non-Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Kelantan dekat Pasir Tumboh, di sini hari ini.
Beliau berkata pembahagian kerusi antara PAS dan Bersatu masih di peringkat perbincangan dan ia hanya akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Perikatan Nasional PRN negeri Johor nanti.
"Kita juga telah bersetuju supaya satu bilik gerakan operasi antara PAS dan Bersatu ditempatkan di satu lokasi sahaja, bagi memudahkan segala urusan perancangan dan gerak kerja parti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.