Pandu Kereta Tanpa Lesen, Remaja Patah Kaki Kereta Langgar Pikap

KUCHING: Seorang remaja lelaki cedera parah selepas kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabit kemalangan dengan pikap di Jalan Song, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, remaja berusia 19 tahun yang memandu kereta Myvi tanpa lesen patah kaki kiri dan mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian remaja terbabit memandu seorang diri dari arah Jalan Tun Jugah menghala ke Tabuan Laru.

Menurutnya, pikap Ford Ranger dipandu seorang lelaki bersama rakannya masing-masing berusia 24 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan dari arah Tabuan Heights menuju ke arah Vivacity Mall.

"Kemalangan berlaku apabila kenderaan Myvi dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan pikap terbabit dari arah hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua buah kenderaan rosak teruk di bahagian hadapan.

"Kedua kenderaan telah ditahan untuk pemeriksaan, mangsa yang cedera dihanta ke Hospital Umum Sarawak(HUS) bagi mendapat rawatan," ujarnya.

Alexson berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.