Mesej tular sindiket culik dan jual organ adalah palsu - polis
Foto hiasan |
Supt Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Supt A. Skandaguru berkata hasil semakan mendapati mesej yang tular di media sosial itu mendakwa sindiket terlibat menggunakan kereta Proton Wira dan sebuah van putih bagi menjalankan aktiviti dan telah tular sejak 2016 sebelum kembali diulang siar.
“PDRM mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes penculikan dan pernjualan organ manusia seperti yang didakwa … Tiada sebarang amaran sedemikian pernah dikeluarkan oleh pihak Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya PDRM juga menafikan pernah mengeluarkan amaran menerusi ‘Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Bukit Aman’ seperti didakwa oleh sindiket yang turut menyenaraikan harga organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang serta mata dalam mesej yang ditularkan itu.
Sementara itu, A. Skandaguru menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita-berita yang tidak berasas serta tidak sahih selain mengelak berkongsi atau menyebar berita palsu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.