Maut tersangkut buaian, 18 individu dipanggil bantu siasatan
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata antara yang dipanggil ialah ibu bapa kepada Nour Rania Asyifaa, pengasuh dan pengusaha taska.
“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut.
Difahamkan status pusat jagaan berkenaan yang beroperasi sejak 2019, masih belum berdaftar dan ia diarah tutup sementara selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata laporan bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini semalam, mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat tekanan di leher.
Beberapa media sebelum ini melaporkan kepala Nour Rania Asyifaa dipercayai tersangkut pada kain buaian ketika sedang tidur di pusat jagaan berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sendayan oleh pegawai perubatan pada pukul 4.30 petang, selepas pengasuh kanak-kanak itu membawanya ke klinik berkenaan untuk rawatan.
-- BERNAMA

Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.