Maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu
Gambar kredit Bomba |
SEREMBAN—Seorang pekerja warga Nepal maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam mesin pengisar kayu di sebuah kilang di Nilai dekat sini pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai Pegawai Bomba Kanan II (TBK1) Mohd Fadli Abd Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Haque Shekh Amirul, 40, terjatuh dan tersepit dalam mesin pengisar kayu di kilang itu.
“Setibanya anggota BBDP Nilai ke lokasi kejadian mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan parah dan patah pada bahagian anggota badan susulan tersepit dalam mesin berkenaan.
“Kami dimaklumkan ketika kejadian mangsa sedang bekerja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Fadli berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
—Bernama
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.