Maut Motosikal Langgar Tiang


MUKAH: Pembonceng maut manakala penunggang cedera parah selepas motosikal ditunggang kemalangan kendiri di Jalan Bukut, Balingian, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang maut ialah Michale Duan @ Endih Anak Kudit, 63, dari rumah Tangkun Batu 9 1/2 Jalan Lubuk Bukut, Balingian, manakala Undis ak Egat,52 dari rumah Unchau, Sungai Duan,Balingian, parah di bahagian kepala.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang bergerak dari arah rumah Tangkun, Jalan Lubuk Bukut menuju ke arah jalan utama Mukah/Selangau.

"Ketika tiba di hadapan simpang Balingian Power Generation telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang tanda amaran," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, akibat dari itu pembonceng yang cedera parah di bahagian kepala disahkan maut di tempat kejadian.

"Penunggangnya mengalami kecederaan parah telah dibawa ke Klinik Selangau, seterusnya dirujuk ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut,"ujarnya.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.