Masih ramai yang ingkar imbas mysejahtera

Gambar hiasan ihsan Sarikei Virals

KUCHING:Masih banyak majikan dan individu yang tidak mengambil berat mengenai pendaftaran aplikasi mysejahtera.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata, kesalahan itu adalah yang paling banyak dicatatkan pihak polis dalam tindakan penguatkuasaan SOP Akta 342 sepanjang minggu lalu.

"Kesalahan yang paling banyak dilakukan minggu lalu ialah gagal memastikan pekerja dan individu mendaftar mysejahtera,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pematuhan SOP yang dilakukan pasukan Op Pematuhan IPD Kuching telah mengeluarkan sebanyak 75 kompaun dengan nilai sebanyak RM64,000 secara keseluruhan.

"Seramai 36 lelaki dan 39 wanita dikenakan kompaun sebanyak RM64,000.

"Sebanyak 11 premis dikenakan kompaun dengan nilai RM 11,000," ujarnya.

Tegasnya, kompaun dikeluarkan ats kesalahan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPP(LLDKTJ) (PPN) 2021.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.