Lelaki Sedang Lalok Dadah Diberkas Polis

Gambar suspek sejurus ditahan

DALAT: Seorang lelaki yang sedang lalok dadah diberkas polis dalam serbuan yang dijalankan di kediamannya di Kampung Teh Oya petang semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat dalam kenyataannya hari ini berkata, hasil maklumat serta risikan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Dalat menyerbu masuk ke kediaman suspek pada jam 2 petang.

"Hasil serbuan yang dijalankan menjumpai sejumlah dadah jenis syabu beserta peralatan yang digunakan oleh suspek dipercayai bagi melepaskan gian," jelasnya.

Suspek kemudiannya ditahan lalu dibawa ke IPD Daerah Dalat bagi tujuan siasatan lanjut.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas saspek mengesahkannya positif mengambil dadah jenis Methamphetamine.

BSJN IPD Dalat dalam pada itu berkata pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota masyarakat di Dalat bagi memastikan daerah berkenaan bebas dari najis dadah.

"Sebaik-baiknya, selalu perhatikan tingkah laku anak mereka serta tahu dengan siapa mereka berkawan bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan bahan terlarang berkenaan," tegas beliau.
Next Post Previous Post