Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Senadin

MIRI: Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di KM14 Jalan Desa Senadin, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Tudan menuju ke Senadin gagal mengawal keretanya, lalu terbabas.

“Ketika sampai di KM14 Jalan Desa Senadin, mangsa gagal mengawal keretanya lalu melanggar sebatang pokok disebelah kanan jalan. Mangsa dan seorang lagi penumpang dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.”

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.06 pagi manakala penumpang yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan masih dirawat di Hopsital Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexon menambah, impak pelanggaran itu menyebabkan kenderaan jenis Honda Civic itu rosak teruk pada bahagian hadapan.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.