Lelaki hilang lebih 24 jam ditemukan terapung di sungai
Gambar Hiasan |
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mohd Redzuan Mohamad, 35, didakwa keluar rumah pada 2 petang semalam dengan menunggang motosikal.
"Ahli keluarga mangsa mendakwa mereka mula mencarinya apabila mangsa tidak pulang selepas beberapa jam namun hanya menemukan motosikal tersebut di jambatan sekitar 6 petang pada Jumaat.
"Mayat mangsa ditemukan terapung hari ini kira-kira 200 meter dari lokasi motosikal itu dijumpai sebelum dinaikkan oleh pihak bomba pada 6.20 petang," menurutnya dalam kenyataan.
Beliau berkata mayat mangsa, yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.