Kes Covid-19 Sabah meroket naik


KOTA KINABALU: Jumah kes baharu COVID-19 di Sabah terus mencanak tiga kali ganda apabila merekodkan 1,205 kes hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi manjun berkata, 173 kes adalah kanak-kanak dibawah usia 11 tahun yang belum divaksin.

Beliau berkata, ia meningkat 296 berbanding 909 kes, semalam dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat.

“Kes harian Covid terus meningkat dan hari ini melepasi tahap 1,000. Kes telah meningkat tiga kali ganda dalam masa tiga hari,” katanya dalam ciapan di Twitter sebentar tadi.

Ditanya sama ada kes itu sama ada kes membabitkan varian Delta atau Omicron, Masidi berkata, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia belum mengumumkan penemuan namun pemeriksaan awal ia sepadan dengan simptom varian tersebut.

Tambah Masidi, Sandakan dan Kota Kinabalu mencatat kes harian tertinggi diikuti Penampang, Tuaran, Papar, Kota Marudu, Beaufort, Ranau, Lahad Datu dan Tawau.

Sebanyak 1,198 daripada 1,205 kes dalam kategeri 1 dan 2, kategori 3 (3), kategori 4 (1) dan kategori 5 (3).
Next Post Previous Post