278,000 kanak-kanak lima hingga 11 tahun Sarawak mula divaksin esok

KUCHING — Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Sarawak akan divaksin bermula esok, kata Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, dianggarkan 278,000 kanak-kanak akan menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) itu.
Beliau berkata, vaksin pediatrik berbeza daripada orang dewasa bukan sahaja dalam dos tetapi bagaimana vaksin itu dibentuk, dan ia memerlukan data saintifik yang berbeza.

Tambah Dr Sim, pemberian vaksin  sejajar dengan pembukaan semula sesi persekolahan secara fizikal minggu depan dan Sarawak yang akan beralih ke Fasa  Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok.
“Tidak sabar untuk melancarkan program ini keesokkan hari,” kata Dr Sim menerusi hantaran di Facebook malam Jumaat.

Beliau urut memuat naik gambar sebahagian daripada 54,000 vaksin pediatrik COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dari Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan ibu bapa dan guru untuk memainkan peranan dalam mengekang penularan COVID-19.

“Bersama-sama kita akan mengatasi COVID-19 termasuk gelombang Omicron yang akan datang di Sarawak,” katanya.
Next Post Previous Post