Icon Offshore dapat kontrak Conocophillips


KUALA LUMPUR— Anak syarikat Icon Offshore Bhd, I Oilfield Services Sdn Bhd (IOSSB) memperoleh kontrak bernilai US$9.6 juta (US$1=RM4.18) daripada ConocoPhillips Sarawak Ltd dan ConocoPhillips Sarawak Oil Ltd.


Kontrak tersebut adalah untuk penyediaan pelantar mudah alih ‘jack-up’, Icon Caren untuk aktiviti penggerudian ConocoPhillips Sarawak 2022, kata Icon Offshore dalam satu kenyataan.

Icon Caren merupakan pelantar penggerudian ‘jack-up’ pertama syarikat dengan keupayaan untuk menggerudi telaga tekanan tinggi dan suhu tinggi sehingga 30,000 kaki. 

“Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada ConocoPhillips semasa tempoh kontrak dan pada masa yang sama mengukuhkan keupayaan Icon Caren untuk memperoleh kontrak pada masa hadapan,” kata Pengarah Urusan Icon Offshore Datuk Seri Hadian Hashim.

Dengan penambahan kontrak tersebut, nilai perolehan kontrak syarikat meningkat kepada RM725.7 juta.

Icon Offshore menjangkakan kerja-kerja tersebut menyumbang secara positif kepada pendapatan,  nilai perolehan kontrak dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022.

-- BERNAMA 
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.