Geng Curi Peralatan Pemasangan Elektrik Tumpas, Seorang Masih Bebas

DICEKUP: Kedua-dua suspek sejurus berjaya ditangkap pasukan polis dan dibawa ke IPD Tatau untuk tindakan lanjut.

BINTULU: Dua geng curi peralatan pemasangan elektrik berjaya diberkas polis dalam tangkapan yang dijalankan di Jalan Sebiew sekitar jam 10.30 malam Khamis lepas (10 February).

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Reis dalam kenyataannya hari ini berkata, semasa sepasukan polis dari Cawangan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bintulu menjalankan rondaan di laluan berkenaan, mereka ternampak sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang berada dalam keadaan mencurigakan lalu di kawasan terbabit.

"Sejurus ditahan, pasukan peronda menjalankan pemeriksaan ke atas kereta terbabit dan menjumpai pelbagai peralatan pemasangan elektrik di bahagian kerusi penumpang dan bonet kereta terbabit, dipercayai barangan curi" jelas beliau.


Menurut beliau, pemeriksaan lanjut yang dijalankan menemukan sebanyak 26 biji Abc Triangular Bracket yang diletakkan pada bahagian kerusi penumpang.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas bahagian bonet kereta terbabit turut menemukan sejumlah 151 biji D-Iron Bracket dan 124 biji Galvanised Bolt & Nut juga disyaki barangan curi.

Pemeriksaan yang dijalankan itu menurut Jame turut menahan dua orang lelaki tempatan berusia 34 dan 35 tahun yang merupakan pemandu dan penumpang bagaimanapun hadapan kereta itu bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek katanya turut mengaku mencuri peralatan pemasangan elektrik terbabit sebelum kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal yang dijalankan jelas Jame turut mendapati seorang lagi rakan curi kedua-dua suspek masih lagi bebas dan pihaknya akan menggiatkan lagi usaha mengesan suspek terbabit.
Next Post Previous Post