Gajah ceroboh Kem Sri Banding

Rakaman video memaparkan seekor gajah menceroboh dari arah luar tingkap dipercayai mencari makanan.
Video kredit netizen

IPOH -- Kerosakan pagar elektrik di Kem Sri Banding, Gerik dipercayai menjadi punca seekor gajah memasuki kawasan itu seperti yang tular menerusi rakaman video.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan mengenai pecerobohan haiwan liar itu pada kira-kira pukul 3 petang semalam.


“Punca gajah tersebut masuk mungkin disebabkan kerosakan pagar eletrik kem berkenaan.

“Pihak Perhilitan Daerah Gerik akan membantu dan memberi nasihat kepada pihak kem bagi kerja-kerja baik pulih,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi, dan turut menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan gajah berkenaan.

Semalam, tular beberapa video yang menunjukkan seekor gajah dipercayai mencari makanan dalam kem milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang dilihat turut merosakkan peralatan kawasan itu.

Yusoff berkata pihak Perhilitan percaya haiwan liar itu adalah gajah sama yang selalu pergi ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) berhampiran Puncak Titiwangsa, Gerik untuk mencari makanan.

“Gajah ini sudah biasa dengan manusia dan biasa makan sisa manusia,” katanya.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.