Enam agensi Sarawak mulakan projek perintis Sistem Antirasuah

Foto Ishan SFC

KUCHING— Enam agensi kerajaan Sarawak akan terlibat dalam projek perintis Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016 bermula tahun ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri itu Datuk Amar Jaul Samion hari ini.


Katanya Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Hutan, Jabatan Agama Islam, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Regional Corridor Development Authority (RECODA) dipilih untuk projek pengurusan antirasuah itu.

“Peraturan yang disediakan bukan sahaja untuk dipatuhi malahan dapat membendung ketidakwajaran seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta ketirisan daripada berlaku,” katanya pada majlis pelancaran projek itu di sini.

Menurutnya SPAR merupakan satu sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi bagi mengesan, mencegah, mengendali, menguatkuasakan, menilai serta menambah baik pengurusan antirasuah secara lebih berkesan.

Tambahnya tindakan-tindakan antirasuah yang diambil organisasi perintis ini akan menjadi penanda aras dan rujukan kepada kementerian, jabatan dan agensi lain untuk melaksanakan inisiatif yang sama untuk bertindak dengan lebih proaktif dalam membangunkan peraturan yang lebih berkualiti dan telus.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.