DUN Sarawak: Lima RUU bakal dibentang

Kredit gambar UKAS

KUCHING—Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang bermula Isnin hingga Rabu depan bakal menyaksikan lima rang undang-undang (RUU) dibentang.

Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata RUU yang bakal dibentang ialah RUU Perbekalan Tambahan (2021), 2022; RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan), 2022; RUU Tafsiran (Pindaan), 2022; RUU Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah, 2022 dan RUU Lembaga Perindustrian Getah Sarawak, 2022.


“Bacaan pertama bagi kesemua RUU ialah pada hari kedua persidangan iaitu Selasa,” katanya dalam sidang media di Bangunan DUN hari ini.


Beliau berkata persidangan kali ini tidak membabitkan upacara perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud kerana ia akan diadakan kemudian pada tarikh yang ditentukan oleh kerajaan negeri.


“Persidangan kali ini akan dimulakan dengan Upacara Angkat Sumpah 82 Ahli-Ahli Dewan Undangan Neger Sarawak pada hari pertama persidangan iaitu Isnin.

“Selain itu, pada persidangan kali ini tiada sesi soal jawab dan penggulungan oleh para menteri,” katanya.

 -- BERNAMA 
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.