Buruh ditahan menyamar polis
Buruh ditahan menyamar polis |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata suspek yang bekerja sebagai buruh berusia 30-an itu ditahan kira-kira 10 pagi susulan laporan polis dibuat oleh mangsa.
"Berdasarkan siasatan suspek dipercayai merakam video tersebut dengan niat untuk menakutkan lelaki itu dan meminta mangsa agar menghormati dia ekoran masalah dihadapi oleh mereka sebelum ini berkaitan isu rumah sewa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan penahanan lelaki berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, polis merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman dan sepasang gari bersama anak kunci daripada suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran, katanya.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.