33 bayi antara 518 kanak-kanak positif di Sabah
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata sebanyak 156 kes melibatkan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun manakala 329 kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun dengan kesemua mereka masih belum menerima vaksin COVID-19.
“Amatlah dianjurkan agar para ibu bapa dan pengurusan sekolah mengambil langkah perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan ke atas anak-anak kecil apatah lagi mereka yang belum layak diberi vaksin,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Dalam pada itu, Masidi berkata lima daerah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu Kota Kinabalu dengan 914 kes, Sandakan (478), Tuaran (414), Penampang (389) dan Papar (256).
Beliau berkata kes jangkitan secara sporadik dikesan menerusi saringan bergejala menjadi faktor dan penentu utama jumlah kes di daerah-daerah yang mencatat kes harian yang tinggi dengan 58.52 peratus daripada kes hari ini dikesan menerusi saringan tersebut.
“Kita boleh rumuskan bahawa peratusan jangkitan secara sporadik yang tinggi adalah penyebab kepada perebakan virus yang begitu cepat dan meluas serta akan menjadi faktor penentu kepada jumlah kes baharu dalam masa terdekat,” katanya.
Masidi berkata 3,891 kes COVID-19 dengan lima kes kematian akibat pandemik itu direkodkan hari ini manakala 620 orang sembuh dan 2,776 pesakit sedang menerima rawatan.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.