22,133 kes baharu


KUALA LUMPUR— Kes baharu COVID-19 dalam negara terus meningkat kepada 22,133 kes hari ini, jumlah kedua tertinggi melepasi paras 22,000 untuk tahun ini.

Sebelum ini, Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 yang melepasi paras 22,000 pada Sabtu lepas (12 Feb) dengan 22,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan, kumulatif kes kini adalah 3,083,683.

Beliau berkata 99.34 peratus atau 21,987 daripada jumlah kes baharu itu dalam kategori satu dan dua, manakala 146 kes lagi atau 0.66 peratus berada di kategori tiga, empat dan lima.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.