19,090 kes baharu Covid-19


KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini melonjak kepada 19,090 kes berbanding 17,134 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 2,975, 422, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi paras 19,000 adalah pada 15 Sept tahun lepas dengan 19,495 kes.

 

Menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata 99.41 peratus atau 18,977 daripada jumlah kes baharu itu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 113 kes lagi atau 0.59 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima. 

 

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

 

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara, Dr Noor Hisham berkata ia berada pada paras 1.47 semalam dengan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.94 diikuti Sarawak (1.84), Sabah (1.73) dan Perlis (1.67).


-- BERNAMA 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.