13 rakyat M’sia terkandas di Manila dibantu



KUALA LUMPUR— Kedutaan Malaysia di Manila kini dalam usaha membantu menyelesaikan isu 13 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino selepas sijil vaksinasi COVID-19 digital Malaysia tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina.

“Wisma Putra kini sedang berunding dengan agensi berkaitan bagi memudahkan proses. 

“Kerajaan Malaysia akan sentiasa melindungi hak ‘Keluarga Malaysia’,” menurut Twitter Wisma Putra.

Media Malaysia melaporkan 13 daripada 15 pelancong yang mengembara dari Kuala Lumpur ke Manila pada Ahad tidak dibenarkan masuk ke Filipina, berikutan sijil vaksinasi digital Malaysia ‘aplikasi MySejahtera’ tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.

Pengembara berkenaan memaklumkan kepada media Malaysia bahawa pasport mereka turut dirampas dan akan dihantar pulang pada Selasa, selain terpaksa menunggu di lapangan terbang kerana tiada kemudahan hotel disediakan.

Duta Malaysia ke Filipina dilaporkan telah bertemu pengembara berkenaan dan mengemukakan rayuan timbal balik vaksinasi, namun belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.