SUFC sudah langsai tunggakan gaji pemain
Katanya, masalah tunggakan gaji itu sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
“Tiada lagi masalah tunggakan gaji membabitkan semua pemain musim lalu.”
“Cuma apa yang belum dilangsaikan sehingga kini ialah bonus untuk pemain yang menyamai sebulan gaji,” katanya kepada media seperti dipetik Suara Sarawak hari ini.
Kenyataan itu sebagai maklumbalas kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mendakwa SUFC perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan gaji pemain selewat-lewatnya 31 Januari ini.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemotongan mata atau tidak dibenarkan mengambil pemain import sehingga satu tarikh tertentu.
Beliau terkilan dan kecewa pasukan SUFC kerap dikaitkan dengan isu tunggakan gaji.
Posa menambah, pemberian bonus berkenaan sebagai hadiah kepada pemain selepas layak ke Liga Super 2022.
Menurut beliau, pembayaran bonus akan dibuat dalam masa terdekat dan kelewatan itu sudah dimaklumkan kepada pemain.
Katanya, SUFC akan bersaing dalam kempen Liga Super musim ini dan telah pun membuat persiapan sejak seminggu yang lalu.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.