Sekolah reput, murid cedera terjatuh
MIRI: Seorang murid perempuan Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Apoh di Baram cedera selepas jatuh dari beranda aras satu sekolah itu semalam.
Murid berkenaan, Aliccia Tijan, 9 tahun sudah dibawa ke Hospital Miri dan diberikan rawatan segera sebagai pesakit luar.
Sementara itu, ayahnya Yulius Merang, 40, ketika dihubungi berkata, Aliccia berada dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat ketika ini.
"Aliccia dalam keadaan baik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah malam tadi selepas dirawat di Hospital Miri selain keputusan pemeriksaan x-ray Aliccia juga mendapati tiada berlaku sebarang kecerderaan teruk.
"Bagaimanapun terdapat kesan luka di beberapa bahagian anggota badannya seperti di bahu dan tangan malah dia juga berjalan dengan keadaan terbongkok-kokok disebabkan kesan terjatuh semalam," katanya.
Ketika ditanya keadaan sekolah tersebut, Yulius memaklumkan bahawa keadaan sekolah itu masih sama seperti 40 tahun yang lalu.
Sehubungan itu, Yulius mendesak agar keutamaan diberikan terhadap usaha membaikpulih sekolah tersebut demi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak yang belajar di sana.
"Jika boleh, perkara ini harus diberikan keutamaan oleh pihak yang bertanggungjawab supaya kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi kepada anak-anak yang lain," katanya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.