Murid redah jalan kubang kerbau

KINABATANGAN: Penduduk di Kampung Dagat Sukau dan kawasan sekitarnya meminta pihak berwajib menyelenggara jalan di kawasan kampung itu yang sukar dilalui  ketika musim hujan.

Salah seorang penduduk Suhaima Ema berkata, keadaan jalan yang berlumpur menyukarkan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah di SK Tidung Tabin.

“Kesian anak sekolah Kampung Dagat. Jalan awal pun tetap juga lewat sampai ke sekolah, dengan keadaan jalan yang amat menyedihkan.”

“Tapi apakan daya, perjuangan akan tetap diteruskan demi pelajaran,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi.

Suhaima turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan beberapa orang murid duduk di belakang kenderaan pacuan empat roda yang melalui jalan berlumpur di Kampung Dagat.

Menurut beliau, mereka kerap mengalami masalah ini setiap kali musim hujan. 

“Kalau sudah begini keadaanya, kadang-kadang anak dapat ke sekolah, kadang-kdang tidak turun. Tanpa pelajaran hidup anak kami tak ke mana.”

“Sungguhpun majoriti penduduk di situ menggunakan kenderaan pacuan empat roda, namun lihatlah sendiri dalam gambar. Sukar untuk diluahkan, biarlah gambar berbicara,” luahnya.

Beliau berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di situ


Facebook : Suhaima Ema

https://www.facebook.com/100012745008259/posts/1364113637356790/?d=n

Caption: 

Murid dari Kampung Dagat Sukau dalam perjalanan ke sekolah di SK Tidung Tabin.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.