Kabinet Sarawak lafaz ikrar bebas rasuah


KUCHING — Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengetuai 10 menteri dan 26 menteri muda negeri melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Majlis lafaz bermula dengan Ketua menteri diikuti ketiga-tiga timbalan; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan serta kesemua barisan Menteri dan Menteri Muda Kerajaan Negeri Sarawak. 
Majlis disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dato' Sri Azam Baki, Pengarah SPRM Sarawak Mohd Zaki Hassan dan Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Adana Jed.

Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak dalam kenyataan berkata, inisiatif ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam memastikan pentadbirannya dilaksana dengan lebih telus serta bebas daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa.
“SPRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana telah mengambil inisiatif untuk menandatangani IBR bagi membuktikan komitmen penuh untuk membudayakan integriti.

“Selain itu memperkasa tadbir urus yang bersih dan telus dalam usaha mewujudkan sebuah negeri yang bebas daripada pelakuan jenayah rasuah,” kata kenyataan itu.
Next Post Previous Post