Imbas suhu bakal dimansuh, KJ

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini bersetuju untuk tidak mewajibkan lagi penggunaan pengimbas suhu di premis, kata menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata,  selepas ini orang ramai yang ingin masuk ke mana-mana premis tidak perlu lagi mengimbas suhu, sebaliknya memadai sekadar merekod merekodkan butiran diri menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Untuk memansuhkan SOP ini, perkara itu akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet COVID-19 sebelum dibawa ke mesyuarat MKN.”

"KKM juga bersetuju untuk mengeluarkan ini (pengimbas suhu). Ini adalah membabitkan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) seluruh negara yang mana perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Khairy berkata langkah untuk tidak mewajibkan pengimbas suhu, berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan COVID-19.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu bila tarikh berhubung keputusan ini bermula.

Khairy menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.