Air mula naik di Kemunting dan Gem Park, tiada pemindahan dilakukan


BINTULU: Penduduk yang tinggal di lokaliti Kampung Kemunting dan Gem Park di sini dinasihatkan untuk berpindah sementara berikutan berlaku kemungkinan banjir di kawasan itu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, kedua-dua kawasan itu kini mula dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak semalam.


Katanya, air mula naik sehingga paras betis setakat jam 11.30 malam tadi sementara pasukan bomba telah bersedia di kawasan tersebut untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Sehubungan itu, penduduk di kawasan itu dinasihatkan supaya berpindah bagi mengelakkan mereka terperangkap apabila paras air semakin naik kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan dilakukan setakat ini.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.