1,160 bungkusan makanan dihantar ke Beluru dan Tinjar
MARUDI — Sebanyak 1,160 bungkusan makanan kecemasan dihantar ke 12 penempatan termasuk rumah panjang, klinik dan sekolah di kawasan Beluru dan Tinjar yang dilanda banjir.
Semua bantuan bekalan makanan itu dihantar melalui jalan darat dan sungai dalam operasi yang dikendalikan oleh Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri, bermula semalam dan hari ini.
Semalam, rumah panjang yang menerima bantuan itu ialah Rh Keyai Kiaw, Rh Anthony Kedit, Rh Saba Bagus, Rh Paking Idoi dan Rh Jau Bato, Rh Aji Nawek, Rh Dennis Tija dan Rh David Wen; Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong, SK Long Jegan dan Klinik Kesihatan Ulu Teru bagi kawasan Beluru.
Manakala hari ini bantuan dihantar ke Rh Magdaline, Lubok Mulong Tinjar.
JKM Miri akan meneruskan penghantaran bantuan makanan ke kawasan yang lain.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.