Uggah sanggah berita palsu
KUCHING, 14 Julai: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menafikan satu berita palsu yang viral semalam mendakwa beberapa tempat di Kuching sudah tidak selamat bagi orang ramai kerana Covid-19.
Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian dan beliau telah bertanya kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kesahihan berita terbabit.
"Saya tanya Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak samada notis itu dari mereka dan mereka mengatakan tidak,"katanya ketika ditemuduga RTM melalui telefon pagi tadi.
Uggah berkata berita palsu terbabit telah mengemparkan masyarakat dan menyusahkan ramai pihak serta satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
"Pihak berkuasa tidak teragak-agak mengambil tindakan nanti untuk menentukan apa-apa berita yang didapati oleh rakyat adalah berita yang sahih bukan berita yang menakutkan, berita yang palsu,"katanya.
Sehubungan itu, beliau merayu kepada masyarakat untuk berhenti menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.