Pekerja kimpalan tertimbus

BINTULU:Seorang pekerja kimpalan dipercayai tertimbus di loji rawatan air Jalan Nyabau, di sini, petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3 petang. 

"Petugas kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Bintulu terdapat mangsa tertimbus, dan mengarahkan keluaran BBP Bintulu ke lokasi kejadian. 

"Komander Operasi melaporkan terdapat mangsa telah tertimbus di bawah tanah lebih kurang anggaran 10 kaki,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,mangsa dipercayai sedang membuat kerja kimpalan pada paip yang berukuran empat kaki lilitan. 

"Semasa mangsa tengah berada di bawah, secara tiba-tiba tanah telah runtuh terus menimbus mangsa,"ujarnya.

Katanya,sehingga kini kerja-kerja mengorek dengan menggunakan jentera excavator dijalankan. 

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.