Pandu uji jentera berat berakhir tragedi
LUNDU: Seorang warganegara Indonesia maut selepas sebuah jentera berat yang dipandu uji hilang kawalan di atas kawasan berbukit dalam kawasan ladang Golden Practise, Sungai Belian, di sini, tengah hari, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,ketika kejadian jam 1.30 tengah hari itu,mangsa Syaiful Nizam Munri, 34, berasal dari Sambas dalam percubaan memandu jentera berat yang baru jenis Traktor Eurostar seorang diri.
"Dipercayai jentera berat yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terjun daripada jentera terbabit.
"Semasa terjun kepala mangsa terhantuk ke batu.
"Akibat kemalangan ini, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh majikannya untuk rawatan lanjut,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia jam 2.47 petang semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.