Penceroboh kubur kembali mengganas
TATAU -- Sekurang-kurangnya 12 kubur di perkuburan lama Nanga Tekalit diselongkar serta dirosakkan oleh golongan tidak bertanggungjawab semalam.
Borneo Network difahamkan, kejadian berkenaan hanya disedari oleh penduduk rumah panjang yang menziarah ke kubur salah seorang saudar mereka yang dikebumikan di sana sempena upacara sembahyang 100 hari mendiang.
"Sampai di sana, penduduk rumah panjang mendapati Sekurang-kurangnya 11 kubur lelaki dan sebuah kubur wanita diselongkar serta dirosakkan yang mana terdapat lubang digali pada bahagian tertentu kubur," ujar salah seorang penduduk.
Penduduk rumah panjang kemudiannya membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap kes pencerobohan kubur yang berlaku ini sekaligus mencari pelakunya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.