-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Bot karam di SK Kuala Kebulu, warganegara Indonesia dikhuatiri lemas

| Ogos 28, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-28T11:34:46Z
Operasi SAR menyelamat mangsa bot karam dikhuatiri lemas di di sungai Sekolah Kebangsaan(SK) Kuala Kebulu, Jelalong Tubau, di sini, pagi tadi. Gambar kredit Bomba

BINTULU—Seorang warganegara Indonesia dikhuatiri lemas dalam insiden bot Karam di sungai Sekolah Kebangsaan(SK) Kuala Kebulu, Jelalong Tubau, di sini, pagi tadi.


Difahamkan ketika kejadian  bot terbabit dalam perjalanan membawa barang dari seberang sungai ke sekolah SK Kuala Kebulu.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 10.30 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.


"Pasukan Menyelamat Di Air (PPDA) diketuai PBK II KUP, Mohamed Hafizam  ke lokasi menggunakan utiliti Hilux bersama dua Anggota yang  jarak ke lokasi daripada Pekan Tubau dalam anggaran 60 kilometer menggunakan perjalanan air.


"Setelah tiba di Balai Polis Tubau anggota terus bergerak ke lokasi di SK Kuala Kebulu .Sebelum operasi dijalankan taklimat telah di berikan oleh pihak polis," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,operasi mencari dan menyelamat(SAR) dijalankan dengan kaedah pencarian di permukaan air dengan radius pencarian sekitar dua kilometer ke hilir sungai.


"Pihak polis mencari menggunakan sebuah bot manakala pasukan Bomba menggunakan bot aluminium.


"Setelah pencarian sepanjang hari gagal menemui mangsa bot karam operasi ditangguhkan pada jam 5.10 petang ini.


Operasi SAR akan disambung pada esok hari.

×
Berita Terbaru Update