Dua cedera kereta rempuh sebatang pokok awal pagi

Anggota bomba mengangkat mangsa kemalangan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Lawas. Gambar kredit Bomba Limbang

LAWAS-- Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki dua lelaki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Merapok di sini pada awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata kemalangan itu menyebabkan manga mengalami kecederaan namun tidak tersepit di tempat duduk mereka. 

Keadaan kereta mangsa selepas melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Merapok. Gambar kredit Bomba Limbang

“Sepasukan bomba Lawas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.05 pagi.

“Sebaik pasukan tiba, didapati sebuah Proton Wira telah merempuh sebatang pokok di tepi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa cedera namun tidak tersepit di tempat duduk mereka,”katanya dalam kenyataan hari ini. 

Anggota bomba membantu mengeluarkan salah seorang mangsa yang cedera. Gambar kredit Bomba Limbang

Katanya mangsa dibawa keluar menggunakan Alat Pengekstrakan Kendrix (KED) dan pengusung sebelum menghantar mereka mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Lawas.
Next Post Previous Post