Bibir tak siap

London: Harapkan bibir besar dan mungil, rupanya herot pula yang terjadi. 


Impian bintang Tik Tok Pakistan, Hareem Shah untuk memiliki bibir mungil melalui pembedahan plastik hancur berkecai selepas prosedur itu dhentikan separuh jalan gara-gara akaun banknya dibekukan.

Hareem dalam perkongsiannya dengan 6.5 juta pengikutnya di platform itu berkata, dia menjalani pembedahan plastik bibir di United Kingdom (UK).

Namun, selepas bahagian atas bibirnya disuntik, dia dihubungi Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) negaranya berhubung pengubahan wang haram sebelum akaun banknya dibekukan.

Sejurus itu pakar pembedahan menghentikan serta-merta prosedur menyebabkan bibir wanita itu herot.

Hareem turut berkongsi keadaan bibirnya yang herot di Tik Tok miliknya.
Next Post Previous Post